Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 10, 2010

why !

erm rasanya ini bukan karma ini bukan balasan ini bukan patot. ini dugaan. ini realiti. ini tak plastik. ini real.

first, aku nak cakap pasal cicak rainbow. 
ok, dasar luar memang aku nampak tak kisah bila kita tak lagi sekelas sama tapi aku sebenarnya frust jugak sebab kita kena separate kelas and lepas ni lain la assignment kita, quiz kita, presentation kita and others. ni suma pasal budak integrasi datang menyendeng amek dip. ni semua sebab asnizah tak terlalu rajin ni semua sebab kelas kita mencecah 50 orang. memang la tak relevan dan hilang konsentrasi bila ramai student yang lect kene ajar, and student pun akan terabai sebab lect pon tak larat nak layan dan pedulikan kita bila ramai. kita tetap jumpa sebab kita serumah tapi tak tahu la bila dah kau decide untuk pergi dari rumah tapi harap tidak la. lepas ni kita ibarat shif kilang bila kau balik rumah kami pergi kelas bila kau ke kelas kami balik rumah. mungkin bila kita makin busy dengan subject sempat tengok muka bila tidur itupon kalau kita terjaga. maybeee. sumpah yang ni benci. dah tak dapat nak borak panjang , gelak kuat kuat. sori to say, but i really mean it cicak rainbow.

secondly, pasal lelaki parking kereta bullshit.
ok pagi pergi kelas dah buat aku sentap. yes. aku memang memang tak lawa. pe masalah kau? kau ingat kau hensem sgt ke. muka nak jadi artiss memg takde langsong la kan. kenal ko pon tak, perlu ke ko cakap aku camtu. jangan sampai tuhan tarik balik apa yang kau ada dan jadi lebih buruk dari aku dahla kan aku tak doakan. asal la ada jugak manusia macam ni. tak reti jaga hati perasaan orang lain even orang yang dia tak kenal. kau ingat aku ni batu tunggul ke. blahhh laaa gila~


dah takda perasaan nak cantik dan kurus . hell

Wednesday, December 1, 2010

PROBLEM

dah lama tak gatal gatal menulis ni pon berat je tangan nak menulis tapi dari buang masa kat rumah ni elok elok sangat la kalo aku manfaat kan tuleh benda yang tak berapa nak manfaat nih hehehe
actually aku dah jarang online pon sbb banyak lagi urusan dunia ni yang tak putus putus datang dalam life . first to say, alhamdulillah sbb aku dah setel report latihan industri dah hantar dan dah lulus tapi yang setia menanti aku sekarang ialah presentationnya. ahh aku tak tahu la macammana nak mula inikan lagi start do it. .lagi satu poli shh alam ni skrg dah buat sistem daftar online. ok mybe ni satu lagi benda bagus bagi poli but fer me and student lain. this is paling paling menyusahkan we ol semua, why ? becoz sistem jadi down bila ramai org open fer register then take time la pulak nak bagi window dia function balik. and yang paling paling aku tak faham, ok let say dah daftar online kan, fer what datang poly register kat PA lagi ? jerk gilee aku cakap la kan. grrr !nonsense. ermm soal daftar sem 5 pon dah lepas tak sangka pejam celik je aku dah tahun ketiga ! rasa macam baru je sem satu hihihi. umur pon makin meningkat tak lama lagi dah 21 tahunnnnn ! OMG ! hihihi
tapi makin grow dewasa makin bnyk masalah even masalah takla terlalu heavy mana tapi it still PROBLEM . dan aku harap aku dapat fix it before next year ;) pray me. insyaallah . erm rumah sewa aku memang my god penat nak sampai mana taknya apartment floor 5. aku cakap, memang kurus la kalo bulan puasa nasib la bulan puasa dah lepas kann. herm.. cantik pon ok la sbb tuan rumah baik hati bagi hanging rack dan almari kabinet yang besar walaupon err bilik kecik !. better than rumah lama kami la. hope everything running smoothly without any make headache. tak kuasa aku nak fikir. banyak lagi benda nak kena perlu fikir so lets pray allah semuanya will in a gud condition .aminn ;) ok la. tired . assalamualaikum .

Monday, November 15, 2010

random emotion

yeayh ! today my last training. sakan suka tapi.. OMG, aku kena siapkan totally report tu before 29 ni cuz maybe 29 tu register sem5 haha pejam celik je aku dah sem5, macam unbelievible pon ada gak . so far study aku ok, for masa ni la kan, kedepan-kedepan nanti tatau lah aih .cececeh konon-konon disebabkan hari ni last day aku training, aku pakai la baju baru .. kemas kemas ;) padahal sebenarnya aku tak sabar nak pakai baju ni hihi ;b and harini kak aini dah prepared cek tok aku, tapi arini jugak aku kena bayar duit rumah sewa hammmpeh ! ;( mana taknya gaji aku fer dis month 2++ lebih je ,deposit rumah tu pulah 2++ lebih jugak, ape yang tinggal kat aku ==' ggrrr ! no manners, tapi semalam aku terkejut kucing sbb tgk duit ptptn aku ada lg 2++ jugak tapi duit tu dah tinggal siket cuz aku p beli macam macam hahaha better aku tak tau kan, kalo tau sekejap je duit tu lesap ngeh3
but today, aku tach dgn bff aku sorg ni. yela ada kawan ramai..kawan baru.. senang keluar, untung la wey. ahh bengang ! ggrrr. Aku memang hepi la kan sbb pasni dah tak payah nak bgn pagi pergi keje tapi takde keje haha ;D tapi report tu kalo siap tapi salah memang aku tak bahagia la aku cakap an. haha tapi hope insyaallah betul dan diterima. hope Allah permudahkan lah kerja aku sume tuu. Aminn ~

Monday, November 8, 2010

entry hanya untuk Ahmad H saja saja

dop dop dop 

ok, ketak sangkaan saya bahawasanya apabila ahmad H  dan saya berkawan lama
auw auw so sweet haha (jelas yang ni gedik)
walaupon saya ni susah dan payah lagi difficult nak ngedate dgn dia, dia ok je
hak hak hak tuuiii haha
kalo orang lain memang saya dah kena tinggal lah kan
mana taknya tak jumpa dia near 6 month kot
omg omg, very long time no see gggrrrr rehndu tau tak ! hehe
alah,  choose me who are me ok. ;b
tapi boleh tak kali ni ahmad H kelihatan pendek siket ? grr sebab baru lah rasa aku normal hahaha
ceit , lantak lah 
dont care dont care

ok pesanan yang rockers fer you:
study smart smart very damn
jaga diri sendiri sampai selfish
gudluckers exam
i lap lap u tau tau !

when i miss you, i look our photo and smile until i sleep ;))

Sunday, November 7, 2010

wedding of remy radzi


Remy radzi abang saya :)
antara kroni kroni saya yang hadir is cik mesah se famili, abg man & anak2 serta isteri beliau, ucu midah sefamili, jiran A13 seflat, membe abah dari INTAN, cik mek sefamili dan ofkos kawan kawan baik abg saya.  Maaf kawan kawan terbaik saya, bkn tanak jemput tetapi kenduri diadakan hanya sebelah pihak pengantin perempuan, save bajet hehehe ;) thanks yang hadir, appreciate much !

6 november 2010 dia selamat bernikah dengan pasangan dia, kak sue di masjid terapung puchong perdana, selangor ( sebenarnya tak ingat nama penuh masjid tu, just guna nama glamer dia sebab terapung bkn apa pon masjid tu atas tasik :) actually. tak paham sudah haha ) dengan persalinan putih berdulangkan hantaran dari abg saya iaitu hitam putih manakla dari kak sue merah putih, unik jugaklah. hantaran 7 dari remy berbalaskan 9 dari kak sue. ;)
dalam 2-3pm selamat diijab kabul , waktu sesuai kan lepas asar ;) then kitorang bergerak ke kediaman kak sue for makan makan , hidangan meehun ;) sesuai la kot just untuk lapik perot . fer malam pulak, ada majlis menitik inai.makan rendang ayam,nasi,sambal belacan. dorang dgn persalinan hijau pucuk pisang , kak sue sweet gilaa ;) hihi.saya pon ada menepung tawar diorang, ofkos la kan dia kan adk brdk saya hehe.. macam macam baju kak sue pakai. tukar tukar, gaun , ceongsam and other( tak tengok dah sbb penat sangat lagipon dah pukul 11 lebih masa tu)

then, esoknya 7 november 2010, majlis persandingan berlangsung .dari pukul 1-5 petang. saya sefamili tak ada tema baju pon, tapi actually kene lah pakai merah sbb tema kahwin abg saya tu merah so thanks la sapa sapa yg kemerah merahan hehe saya je ke pink pink an , lari tema betol haha, dont care ;b macam biasa menepung tawar sefamili dan diberi meja bulat vvip (perasan) tapi ambil makanan kena beratur jugak even saya adk pengantin haha cehh .. sedap sedap. nasi putih, ayam sambal,air sirap.. soon (lupa). 

kat sini ada la siket momen momen yang saya take pic hehe
akad nikah

yang hadir
famili perempuan dan lelaki
adek beradek sebelum majlis berinai
malam berinai
bersanding

remy dan sue

before majlis
actually banyak sangat pic, tapi saya mls la nak upload. enjoy to see dis ! 

speech : fer remy and sue, i hope both of you happy . may god bless your marrried. be a good husband and wife. congrats 
SELAMAT PENGANTIN BARU !

Thursday, November 4, 2010

MISS you aHmad H

ya ya ya 

teharadzi  teringat ahmad H ;b
ingat tak ,
first teharadzi nak jumpa mencari cari siapa si tinggi lampai memakai sweater biru gelap
oo my god, ahmad H nii tinggi rupanya. erkk dan kurus hahaha
and ofcourse saya yang renek lagi kurang ketinggian jelas nampak bila jalan sebelah menyebelah. haha ;b elehh
if not mistakes, the Orphan muvie pertama teharadzi n ahmah H . best lah muvie tu ! different even is not love love muvie..(akan feel ngntok kalau layan muvie cintaa mostly lah)
best kan ahmad H ? weewee~
tapi bosan jugak kan sebab everytyme keluar sama kita akan jumpa tempat yang sama haha

thanks ahmad H sbb sukakan saya ;)) , paling cool ! ily!
jumpa lagi di next semester sbb saya sudah return back to shah alam yeehaaa ~ hehe
nanti kita chat lama lama, eat together , lepaking sama sama , muvie again taw !

missyoumissyoumissyoumisssyoumissyoumissyoumissyoumissyoumissyoumissyoumissyoumissyoumissyou

Wednesday, November 3, 2010

Bila Allah menduga kita

aku ada terbaca satu artikel 'bila allah menduga kita' actually tak berapa artikel sangat lah sebabnya dia just nak intro untuk satu buku yang tittle nya 'bila Allah menduga kita' Penulisnya Syed Alwi Al atas.

tapi, aku nak bercakap mengenai tajuk ni. mungkin akan jadi panduan diri aku sendiri bila berdepan dengan masalah ;))

apa yang aku tahu semua orang diberi ujian, dugaan ,rintangan dalam kehidupan. for sure takde satu manusia yang tak ada masalah,kalo ada yang kata memang dia dah tak lamaa tuh hahaha
and ofcourse la masalah mesti ada penyelesaian tak kesah la masalah besar atau kecik. jalan penyelesaian mudah atau sukar tapi kalo kita dapat handle masalah kita dengan baik, berdoa, tawakal, sabar 
insyaallah semua masalah kita akan beransur memudahkan kehidupan kita sebab setiap masalah ada kebaikan ada keburukan tau. so jangan lah mengeluh sumpah seranah maki makian dan negatif bagai.Jangan disebabkan masalah yang terbeban kita berprasangka buruk dekat tuhan. kita marahkan tuhan.kita cakap tuhan tak sayang kita.bagaimana tuhan nak sayang kita kalau kita tak sayangkan diri kita ryte ?
tuhan sentiasa sayangkan hambaNya. melindungi hambaNya. kalau tak, tuhan takkan mencipta kita untuk ada kat muka dunia ni.Masalah tu normal. semua akan mengalaminya cuma cara menanganinya lebih memerlukan kesabaran ketelitian. kita yang mencorakkan hidup kita.kita yang menentukan sama ada coraknya cerah atau gelap. kita yang pandu diri kita bukan orang lain memandu kita. kita yang pilih jalan redha atau hina bukan sesiapa.yang ni ikhlas dari hati aku untuk tulis. kadang kadang marah kita kasar kita tutup kita siapa sebenarnya kita. tapi semua pada kita akan terserlah bila kita tenang waras bukan dalam keadaan kacau.
so, masalah adalah dugaan kita bilanya Allah ingin menduga. so just prepare mental fizikal.




okay inilah aku kalau dah berkata kata hehe ;b
yang buruk datang dari aku yang baik datang dari Allah
aku masih membaiki diri sendiri
maaf kalau tersalah kata.
aku : teha radzi

Monday, November 1, 2010

lalok

okay actually dari semalam aku dah rasa sakit kepala , mata , hidung , telinga . berdenyut denyut
petanda apa tu, aih belum lagi . jangan lagi . belum bertaubat lagi aku nih hahaha ;D
sebenarnya aku tanak p pasar malam tuu sebab aku rasa  rahang muka aku dah krem gila . aku tak tau la punca dari jerawat, sakit gusi sbb makan dageng liat mak atau sintom aku nak demam tapi saket gila gilaaaaa .. kak nyah beli nasi lemak lah nasi goreng lah kopok lekor lah, aku je tak bernafsu . tapi aku saja tambah menu pulut bakar haha tapi aku makan siket je. ;b
balik je rumah semalam aku dah lalok gila . tapi aku gagahkan diri makan sbb dapat seluar tidor polkadot pink putih baru brand pasar malam hahaha ;b takde kaitan. sebabnya aku nak makan panadol lahh
selang sejam, dah tidor berserta mimpi.
pagi bangun je malas betul aku nak p keje . adeei kalau lah company tu bapak aku pny. kalau lah kann ! hihi
soo p keje dgn muka rasa bengkak mata rasa sakit kepala pusing badan lemah. kamonlah jarang kot aku demam tibe je antibodi lemah aih~

ingat harini rileks jela kan tade keje kat ofis dan padan muka aku sebab kena cuci drwg banyak !!! lagi bertambah pening 
sobsob dah la tak makan lagi
tepat je 1.30a.m teroos aku selinap keluar makan keseorangan macam biasa.agak macam bodoh la. tapi ok la dah biasa. cool. hahaha ..makan la nasi putih kari dan ayam goreng mamak . notbad tapi bosan menu tuu . tetiba rasa rinduunya nak makan dengan AHMAD H ;) 
ich liebe dich !!!

Sunday, October 31, 2010

si meroyan perempuan lazy

malas tak bawak kemana


malasnya aku nak pergi keje
malasnya aku nak praktikal

malasnyaaaaaaaa..

tapi lagi malas aku nak buat report
malas nak berfikir
malas nak cari bahan

malasnyaaaaaaa..

malas dah sebati dalam diri aku 
malas dah musnahkan aku
malas dah rosakkan jiwa hati perasaan aku

malas malas malas
perempuan mana boleh malas
tak menunjukkan keperempuanan


mak aku yang cakap , aku tak hihi ;D

sekian thanks.

yang kusut,

teha radzi

Thursday, October 28, 2010

under depression

omg !

tahu tak makna kecewa ?

for this time, the fact is i'm fail .
you know how much i dissapointed ? urrgghh !
i'm walking there with ayat kursi
walk alone
i try to calm myself
and feel that i can do it the test
but..
when arrived there 

in second, i can't . 
i don't know which is my fault or something wrong on the car
let say kalau tu amzari car's
maybe it would'nt happened
first of i get ready and i feel it's something that loss
when i want to pull down the handbrek
its very tight and hard to let it down
i had to called person who incharged test to pull handbrek down
i'm starting nervous and panic. here that both of emotion come on me
my god, the car was had a high cluch
and i start feel i can't do .
i try to balancing
low on cluch and press the fuel. maintain .
but i looked on meter there's nothing changes when i  try
disengage slow gear. my car down ~after two time i try ! SO STUPID
its was hurt me 

I give up all after fail with state myself that i'm very sad
no tears
but annoyed .
once again , if i really could'nt do the test, i'm sorry
it was my fault and please blame myself
i have no words more to say, cuz i feel empty .
i'm really under depression  


BACK OFF . ENTER AND DIE NOW

Tuesday, October 26, 2010

dua perkara duniawi

ok ,

sekarang ni sangat sangat tengah pikir pasal dua benda yang mesti aku setelkan .
oh my god, benda duniawi ni akan menjamin emosi aku , 
  • report latihan industri
  • lesen memandu

Ouhh T.T , mengapakah ?

masalah report ni , aku tak berapa nak pasti bila atau sempat ke tak aku siapkan tapi suka tak suka, MESTI SIAP  kalau tak bye sem5 jangan nak further study lah ok
waaaaaaaaa~ aku bukan malas buat, taknak buat, taksuka buat MASALAHNYA, aku takde bahan ! !

sobsob sedih sebab tak dapat nak copy and paste kawan punya , kalau buat juga. dapatlah pangkat GB nanti
hope sempat siapkan before tarikh daftar sem nanti sebab aku tak habis ibadah lagi, erk ? belajar kan satu ibadah ? eh agaknya la. HAHA ;)

ok yang masalah lesen memandu pulak, aku takot bawak kereta. memang la benda lain aku tak takot, takda kaitan dengan jiwa jantan aku ni oke, HAHA- , -
kejap kejap aku past bila belajar bawak kadang kadang habis tunggang langgang cara bawak kete aku. lagi-lagi bukit, aku rasa bukit tu takda la tinggi sgt tapi kenapa susah sangat aku nak lepas kadang-kadang, benci !
dah tu parking tepi pon macam ape la aku ni, padahal dah bagi step pon . aku tak tau la boleh lulus ke gagal JPJ nanti, tau jela JPJ tu - , - aih

lantak ko teha, orang dah ke bulan kau baru terkedek kedek nak bawak kereta kat bumi
kalau tengah marah tu elok je kau berani, bila kalau bawak kereta dah macam tikos kau takot HAHA
insyaallah, gagal sekali tak bermakna gagal selamanya, erk ? aku benci motivasi ni. aku taknak gagal tau ! ah! xkira! aku akan usaha jadi takkan gagal jugak HAHA



erkk .. so scared ! haha ;b





gudluck diri sendiri teha radzi   ;)

Friday, October 22, 2010

i heart this song

you could be my unintended
choice to live my life extended
you could be the one i'll love
you could be the who listens
to my deepest inquisitions
i'll be there as soon as i can
but i'm busy mending broken
pieces of the life ihad before
first there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
she could never be as good as you

before you..

Monday, October 18, 2010

JIJIK tengok muka kau,


lah, asal nak petik petik nama aku dalam fb. memang la bkn kau yang petik tapi si lahanat jantan kls aku dulu ni petik. eh, kau ingat kau bagos ke? ko ingat ko jantan idaman melaya ni ke? tolongla, pergi cermin muka kau yang keparat tu oke. memang ko tak hensem oke, aku cakap betol. kalau nak bandingkan muka kau dengan tembok, tembok lagi sweet. dasar BODOH! aku tak kebulur la nak kan kau , apa pon tak boleh. dah la kaki betina, elok sangat la kalo ko kene jack. ade rasa tertunggu tunggu gak aku ni. dah kalo jantan kls aku dulu ckp teha camane just ignore la ? perlu ke ko cakap , 'ko amek jela' kau fuck kau shit ! ko ingat aku karo ke. sapa yang terhegeh kat sape dulu.. allah balas apa kau buat kat ex ex kau . kau tunggu je s____k____ . time tuh, baru kau tau langit tinggi ke rendah, time tuh baru kau tau bila dah jatuh tersungkur time tuh baru kau tau ni la dia tulah untuk kau. HAHA, memang aku pendendam. memang memang. JIJIK tengok kau, dah la hitam,gemok ! 

gudbye!

you will be aware later that this life not only to ease your self, what I sense should you need to feel.
gudluck bitch!





Sunday, October 17, 2010

berita sensasi OMG !

oke sekarang memang sensasi tak sensasi sangatlah, ataupun aku org ke 223 yang tau, tipu. aku mungkin org ke 47 yang tau sbb kls aku ada 47 org sahaja ok, SAHAJA ramaai gilee! oke tak kesah la ramai ke ape, aku dah biasa sebab ape? sebab aku dah bersama dua tahon sekelas dgn diorang , oh my god! aiseh sekarang asal nak claskan kitorang ? sbb kitorang ramai sangat ke ? ke apa ke .. dah sebati nak clash clash kan buat apa, menambah pulak budak integrasi. sungguh SEMAK, damn benci! sbb tak biasa tak kenak tak sebati lagi lagi tah tah JAHAT, haregg! jgn ikotkan hati poli, cuba fikir dgn clashkan kami akan bagi impak besar dalam masa depan kami. ok.tipu siket, tapi serius cuba fikir pasal transport kami, rumah kami, makan minum kami serba keperluan kami. mesti nak cakap tak paham kan ? semuanya perlu kan kawan yang dah sebati dgn kita yang bersama sama sem4 ni, mls mogok. bukan nya ada parti politik sampai nak mogok mogok. maka dengan ini, aku sangat besar harapan bahawasanya semoga budak kelas DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL tak akan diclashkan. amin~



tolong jangan susahkan kehidupan aku -____-'

Thursday, October 14, 2010

barulah student !


hah, nak sangat belajar kan kan dah jgn nak merungut sangat lah! oke, memang betol aku yang beria nak belajar, so what HAHA, oke assignment , tutorial , presentation kenapa kau mesti ikut aku dari setiap sem, boleh tak kau blaahhh. -___- kalau boleh la kann, dah tu susahnya nak hadap macam makan nasi kerabu penuh sayur mayur pokok hijau apetah jadah tapi sedap tu guna tangan , memang best la kan. aiseh  daku ingat kan bila praktikal ni bahu aku ringan lah bukan sebab bawak buku bila pergi kuliah atau pun bawak stationary dalam beg bukan sbb faktor kalkulator, ape aku cakap ni ? tapi ni sume sebab report latihan industri .kenapa mesti nak 80 ms kenapa tak dua atau tiga helai je? larat ke kau baca wahai pensyarah? lagi nak tanyalahh. suka hati poli la kan kan. jangan nak cakap aku tak boleh siapkan report sbb nanti kalau kene repeat sumpah la aku taknak. itupon kalau aku repeatlah. oke.
skrg aku konon konon nak cakap, sayang kau report. aku update kau hari hari ye..
euuw geli.



formspring teha

tanya aje ape ape yang suke kat http://formspring.me/teharadzi

Tuesday, October 12, 2010

kurus bila kau nak datang

sob sob .. perasaan benci dan segala bengang keluar bila berat badan dah naik, aiseh why me ? why... haha ;D dah macam merintih la pulak kan .. dah tiba masanya mesti diet ni, helo berat dah 50kg ok, sila turunkan 5kg lagi teha. baru la terasa ringan je.. nak suruh berjogging memang aku malas tahap dewa la kan, tapi kalau suruh berjalan kaki , memang aku tak tolak punya hehe tapi bila ada kat rumah nak berjalan apanya, so kawal makan jelah, jgn la pagi petang siang malam tengah malam makan tu memang dah nak sgt obses kan diri la tuu kehkeh ;)) jgn wey jgn..bkn setakat diri ni orang sume dah tak kenal, segala penyakit datang kang. kalo dtg satu ok lagi, sekali kalau dtg berpakej dengan sakit jantung,darah tinggi,kencing manis. pakej rumah kata pergi dah tu hah, haha ;D sape susah? diri sendiri lah tanggung kan. tapi aku tabik spring lah dkt kawan kawan yang aku kenal dulu yg ala ala chubby skrg dah ade peningkatan dalam turun berat bada, dan award paling boleh aku bagi kat dayah latif, mak aih kurus terus lps abis praktikal mana taknye, dah kerja separuh macam buruh kasar, haha pape pon tahniah la weh, goodjob! selamat start dieting teha ;)) SEMOGA CEPAT KURUS!

Monday, October 11, 2010

awak cantik!

tau tak, dari sekolah rendah aku cakap ko cantik tapi aku tak ckp kuat kuat la apetah lagi dpn ko, sbb kite bkn kawan tapi aku teringin nak kawan ko tapi rasanya aku xlayak sbb kawan kawan kau pun sume cantik -__- maybe ko dah lupa kita pernah duduk same same masa hari sukan sekolah, kita borak borak padahal kite baru darjah berapa je ,ko cite pasal muvie haloween aku dgr je sbnrnya bkn aku fokus dkt story muvie ko tu tapi aku rasa bangga sbb dpt ckp dgn bdk cantik macam ko, kita memang xrapat mungkin kebetulan je untuk hari tu ko dgn aku duduk same same cerita cerita, bila naik sekolah menengah ko masok kelas pertama aku tau sbb ko pandai ,kalo kite terserempak pon kau senyum je ,ko agk femes lagi lagi ko aktif dalam krs, walaupon kau berkawad hujan panas muke kau berminyak jd gelap ko tetap cantik, bila aku tgk kau tgh present kawad krs masa form3 aku tgk ko buat dgn perfectly lagi lagi dgn kecomelan kau, walaupon muke ko penat tapi ko tetap cantik dari ko kecik kecik dulu, sekarang da besa, kau plus plus cantik. ;)) tapi kenapa kau taknak approve bila aku add ko kat fb, mestilah sbb ko xkenal aku dan takde sbb wajibnya ko approve aku,-__- tapi rasanya aku mengharap, tapi takpe aku suke tgk ko, ko cantik,ko pandai ;)) rasa macam lengkap je ko. hebat knl ko s*h*walaupon kita bkn kawan dan tak akan pernah jadi kwn..



*berapa banyak tapi la teha =='

Monday, October 4, 2010

suka hati hati lah


haha, tajok macam tak bolee blah, ah, biaala ;D emm apelah aku ni kan nak post tapi gambar tak letak gambar, ukan aku taknak letak gambar atau takde gambar, malas gilee aku nak upload phee ;) tak menarik langsungkan, papepon tak kesah la. sape suh bace ehek ;) semalam pensyarah LI aku dtg jenguk. lect cina dan semestinya agnes. haha sioot je bdk2 kls aku panggil agnes monica, heloo? memang nak kene ganyang dgn lect agnes yang ala ala ganster paradise tu haha ;D tp ok la dia dtg pon soal itu ini, takde la aku kene mrh ke ape pon. and xde sbb la kot dia nak mrh aku, sbb aku tlh siapkan report kot hehe tp report antarabangsa still on progress, and hopefully siap dgn jayanya follow as due date yg diberi *ayat skem keluar. ;D so, dgn kedatangan dia tu aku rasa legaa , tak tahu la knp.haha ;).cepat cepat la habes li ni, aku tak sabar nak next sem, yeay! ;)

Sunday, October 3, 2010

weekend FUN ~

weekend kali ni okeey ;) rase cool je.  hari sabtu aku belajar memandu dgn sharpnya aku sampai tmpt belajar kereta, mula2 tercari2 sape la yg nk mengajar aku yg xpernah drive kereta ni.hehehe nasib aku agak baik la sbb dpt org yg mengajar aku tu cool~yeay! aku serios damn sukee haha ;D helo, dye dah tua tp xtua sgt, lelaki dan banyak cerite jugak la bile mengajar aku ni. anyberway, aku ni belajar kereta dgn kancil je. ok wat sbb kecik, sng nak handle. haha , jgn nak demand vios pulak lah. haiseeh ==' . mula2 tuu memang susah skit belajar, nak gear satu pon terkedek2 apelah lembap.haha tp lame2 bila aku dah beraound2 drive aku jd syok pulak then dah bole kawal gak la kereta tuu. yang aja aku tu dgn selambe lg cool dye ajak aku drive lua, hmmph mule2 tu aku tsgt lah xyakin tapi disbbkan kereta yg aku drive ni just kancil kenot ni haha, aku rase strong plak. satu area puchong aku round2 tp ade la mati enjin sekali ==' itu pon disbbkan bdk2 nak p raye tuu tegoo. hahaha naseb budak2 xdelah aku maluu sgt! adeeh. ;) papepon dgn 2jam belajar drive tu ade la input yg membina atleast dr xtau bwk lgsg skrg da tau la gak. ;D . ahad pulak , pergi mall dgn kak nyah hehe mencapai target aku kesane sbb tujuan aku pergi memg nak bli kasoot baru .phee~ dpt la sepasang , bg aku that ok one ;) sgt sukee ! dgn beli belt ladies sajee, utk pakai suar jeans. ;D pastu makan dkt ayam penyet for the first time. not bad sdpp ;) tp smbl dia mak aihh pdsnya terasa2 whteve poon knyg hehe.. 


Thursday, September 30, 2010

upset of friday

harini aku sangat2 la bengang.terlampau bengang.terlalulah bengang..aku cube paham pangai ko,sikap ko, segala2nya pasal ko la tp aku pulak la kan mcm org bodoh lagi bangang terhegeh-hegeh cari ko padahal ko berseronok la dgn kwn2 ko tu.hbt sgt ke kwn2 ko tu.. kalo aku mrh, ko balik mrh aku and the best way is baik aku diam dan diam dan diam sampai la saket ati aku yg dah berjaya kau sakitkan dgn jayanye ni hilang!aku dah xtahu nak ckp pe..ape yg aku tahu ko ni, akn buat2 salah ko tu ilg dan ko ingt aku ni akn mrh kejap jela. aku bole la thn lg dgn ko. tp kalo nk diikotkan aku yg dulu memg aku dah blah la kn. tp dah sbb aku dah lame kwn dgn ko aku cube belajar sbar.. eeee... damn! ok fine, lps ni up to kau. aku dah fedup2 gileee. fullstop.

Wednesday, September 29, 2010

sorry blog ;)

aduh, baru sebuk nk menaip blog.hee biasa la kejap2 rajen,kejap2 malas tahap dewa. ish2 ape nk jadi teha ni.asek mengadap mukabuku je bila online tu yg terignore blog tu haha.dah la xupdate blog untuk hari raya punya.. kan dah terlupa momen-momen syok tyme raya hari tuh. ah, abaikan ok ;) anggap je hari raya lepas hari yang terbaik dan hny utk ingatan aku je ;b ehehe.. so masa sangat2 berlalu dgn pantas pejam celik sebulan lebih je tinggal untuk praktikal, so far report tu aku buat tapi aku pon xtahu la betol ke x.adeh masalah. tapi insyaallah betul la kan .amin ;) aku kene la think positive kalau x,aku balik yg kaboot riboot haha .and now aku gembira gileee sbb da dpt lesen L kereta even xreti drive kereta.haha aku ada la try bawak kereta kakak and abg aku ternyata aku memang penakoot. bawak terkedek2 kejap2 enjin mati la tekan brek kuat2 la. tersentap kakak dgn abg aku yg aja aku haha .jgn mrh aku sbb dah kenyataan aku pertama kali try bawak oke ;) ekeke xtahu la 10jam belajar kete nanti cukop ke x utk aku ni. wateva is, bak kata abg aku ,kene cool bila drive..kalo x memang mati semua org kat jalan raya kalo driver kaboot riboot haha. pape pon learn is best experience.i admit it yeayh! ;)


Saturday, September 4, 2010

Baju Raya Pilihan ^_^

hurmm ;) akhirnya..haha sebenarnya aku takdelah teruja sangat nak ada baju raya baru tahun ni.. tp bila aku tgk org shopping,aku jd x keruan so nk jugak lah ;D heehee.. memandangkan hari ni free so aku dan kaknyah pergi la ke plaza alam sentral shah alam bersama dengan bunga dan kak yong.masuk je pas tu,mak aih penuh nya org.kiri kanan mampat dok sebok beli macam macam .barang yang dijualnya pon naik rambang mate lah aku tgk, tp masih terlalu awal nk sambar terus kan.ekekeke ;) so jalan punya jalan. terusha la satu baju kurung ni,kalau nk diikutkan warna,memang bendera malaysia lah aku ckp.haha mula mula memang kelaka, tp bila je tersarong kat patung..mak aih cantik habes lah aku ckp.kakak aku ckp cun lah baju tu.. dok suruh la aku angkat satu,masalahnya.. aku nak usha tempat lain lg.hehe jalan punya jalan lg,asek dok terbayang baju kurung kat patung td.haha..hati dah terpaut weh..ececehh..aku pon ajak balik kakak kakak aku buat u-turn ke kedai td..aku pon belek belek dan test sarong,malangnya saiz yang aku nk,dah abes..huwaaaaaa!... so aku amek la pattern lain siket.ah,kire ok lah yg aku amek ni..ala ala sama jek ;) ni bkn kes sedapkan hati ok!kakak kakak aku beli dokoh la,tudung la..layan ajeh! next singgah kat SACC mall.ada pameran kucing pulak,sume dah macam kuceng parsi aku tgk..comel gileh.. tp sekor ni aku sedikit pelik sbb dia ada unsur unsur anjing..tah tah kacuk anjing kot mane xnye xde bulu,mcm buldog tuh.pastuh agresif semacam je.aku agak2 je.haha..lantak la kucing tu bkn aku nk beli pon.hik ;)


Thursday, September 2, 2010

my self self

aku dan sri

bunga raihani ;)

6kasabat ^-^'

aku dan daya bff~

;) ehemm mentang lah ada blog baru, semangat berkobar-kobar nak nulis.aishh kalo boleh hari-hari meng update hahaha over lah ;D .hari ni nk story pasal kehidupan aku.. kalo bosan tak payah layan ok! haha ;)  aku admit yang aku sedang menyukai seseorang. biarlah org nk ckp apa, xkesah weh. yang penting aku knl dia seelok eloknya. lebih baik besederhana je kan, tu lg baik sbb kdg2 yang kita rasa kita dpt yg terbaik pon adakalanya adalah plg bkn terbaik so, jgn lah terlalu demanding disini.:) family aku semuanya 7orang : abah+mak=kakyong+kaknyah+remy+aku+adek. family aku biasa biasa je ;) kawan terbaik aku 6kasabat: pqa+ema+wan+shila+dya .korg, sangat banyak momen2 sweet yang kite had together, dan sorang lagi bff aku daya yg plg cool.. heh!. kawan kawan aku ni aku time sekolah kat teknik kajang. kawan baik yang lain: nana,shira,boek,sri. dulu aku sekolah kat puchong perdana tapi masok form4 aku sekolah teknik kajang kos kejuruteraan mekanikal sampai lah aku continue study aku kat politeknik shah alam dgn kos yg sama.aku xtawu la knp aku amek kos ni, aku xdelah berminat sgt haha tp kos ni cool jep.. memang lah kdg kdg payah bila exam semua.. tp aku rasa dan semua org akn rasa kalo kita baca buku semuanya akn sng kan ? ;) so buat masa ni aku boleh hadap lg kos yg agk tuff ni.alhamdulilah lah



aku dan kaknyah :)

kesukaan saya ;)

RamaDan Keberkatan ;)

humm, hari ni merupakan ramadan yang ke 23, wah wah tak lama lg semua umat islam akan menyambut HARI RAYA AIDILFITRI. tak sabarnya ;) ececehh puasa pun tak penuh, tapi takpelah.sbg kaum perempuan kan.ehem2 ;) ada sebab musababnya.. sempena bulan yang mulia ini, saya harap semua kawan-kawan melalui hari-hari yang TERBAIK! ;)

Wednesday, September 1, 2010

bertatih melayan blog

ishh terkial-kial aku cuba faham macamane nak menghasilkan blog, xkesah la blog ni bakal best ke atau tak pon.haha yang pentingnye aku saje nak mencuba benda baru ;) agak terlewat kan. hehe ..aku buat blog ni pon disebabkan takde keje kat ofis ni,actually nama aku ,nurfatiha binti mohd radzi 20years just panggil teha je tak pon fatia..neway, aku ni Student praktikal..student sem4 politeknik shah alam .tak banyak kerja pun tempat praktikal aku ni..dr aku pandang kosong pc ni,kire oklah aku manfaatkan kan ;D lagipon hobi aku menulis tak kira la yang bermanafaat ke atau mengaroot hehehe.. ok lah selamat melayan blog baru aku.terkurang terlebih,maaf! ;)

;)